Sunday, December 28, 2008

Tunku Jaafar - Mangkat

27 Dec 08 - mangkatnya Tunku Jaafar di GH Seremban.

Aku kat rumah hanya tahu berita ini bila KakNgah dapat call dari Angah. Mungkin kerana tak dengar radio negeri maka lambatlah dapat berita hangat ini. Untuk pengesahan maka aku call Sayang yang tengah on-call. So memang pasti Tunku Jaafar mangkat.

Pelik tapi benar jenazah keluar dari GH pada lewat petang walhal meninggalnya jam 11.45am.

Saturday, December 13, 2008

Benarkah Ni...?

Alamak mufti JOHOR bersama dengan ...., ni kerana ukhwah atau...

Sunday, December 7, 2008

Bencana Menimpa Negara

Macam2 yang berlaku di dalam negara dewasa kini. Belum habis kisah banjir, tiba2 rakyat dikejutkan pula dengan tanah runtuh.

Apa pun banjir yang melanda pantai timur adalah sesuatu yang dijangkakan, ia pasti berlaku setiap kali hujung tahun. Namun al-kisah tanah runtuh adalah sesuatu yang luar biasa apatah lagi ia berlaku di kawasan metropolitan, rumah orang kaya2 dan berharta.

Kawasan kejadian ini taklah berapa jauh dari tapak kejadian tumbangnya menara tanah tinggi yang berlaku pada thn 93.

Death from above: Four people were killed when a huge landslide hit Taman Bukit Mewah in Ampang, destroying 14 bungalows and forcing thousands to evacuate. The landslide occurred just kilometres from the site of the fateful Highland Towers disaster in 1993.

Apakah pengajaran disebalik al-kisah tanah runtuh ni? Apa dosa mereka, rumah dan tanah?

Saturday, December 6, 2008

Birthday Mak Senawang

Pagi tadi adik beradik Sayang sambut Birthday emaknya. Majlis kecil-kecilan je, makan kuih muih. Aku tak dapat join coz pergi kerja. So hadiah yang mereka bagi adalah berupa handphone NOKIA yang harganya kurang RM500.

Friday, December 5, 2008

PEJUANG : Berani Mati vs Berani Bogel

Di copy dari : http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

PEJUANG :
Berani Mati vs Berani Bogel

Saya seperti malu sendiri apabila mendengar satu pasukan "berani bogel" oleh satu golongan yang mendakwa diri mereka adalah pejuang rakyat .

Memalukan dan sungguh mengaibkan , tambahan mereka rata - rata adalah beragama Islam . Hanya kerana memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang didakwa tertindas dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Selangor lalu satu pasukan khas "berani bogel" ditubuhkan dan bila - bila masa akan tampil bogel dikhalayak ramai jika tuntutan mereka tidak ditunai.

Bila - bila pun saya hormat dan respek kepada golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan . Tidak kira apa bentuk perjuangan dan apa pula matlamat yang ingin mereka capai , jika mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja demi mencapainya maka saya kira mereka hebat .

Namun persoalannya terhenti diatas dua nokhtah yang perlu diambil kira kalaupun mahu berkorban demi sebuah perjuangan .

1. Apakah perjuangannya dan bagaimana matlamatnya ?
2. Bagaimana ia bertindak melunasi perjuangannya ?

Sebagai seorang muslim , mukmin yang mujaahid , kedua - dua nokhtah tersebut mestilah positif dan menepati kehendak syara' malah tidak bercanggah dengannya.

Tanpa menilai siapa yang benar dan salah dalam isu ini , dakwaan bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat terindas yang dinafikan hak mereka adalah positif dan baik tetapi tidak semestinya kita bebas berbuat apa sahaja untuk mendapatkan hak kita .

Semangat mahu membela rakyat tiada siapa yang pertikai , justeru rakyat berhak mendapat bantuan dan pembelaan pada bila - bila masa apabila mereka dianiaya , tetapi tindakan mahu berbogel dikhalayak ramai adalah suatu yang negatif dan sangat mengaibkan . Malah ia juga tidak boleh dilihat atau dijamin berjaya .

Masih ada saluran yang lebih waras dan siuman untuk bertindak benteras kezaliman dan kekejaman . Berbogel adalah satu kezaliman ke atas diri sendiri yang sepatutnya dipelihara dan dijaga maruah nya. Berbogel pastinya tindakan tidak bertamadun dan mengundang penghinaan ummah ke atas pelakunya .

Saya tidak nampak kehebatan pejuang berani bogel untuk memperjuangkan hak rakyat melainkan apa yang saya nampak ialah satu kelucuan , satu kebodohan dan satu kelucahan melampau .

Kenapa tidak skuad "Berani Mati" ditubuhkan ?

Andai mereka benar - benar nekad dan merasakan mereka berada di pihak yang benar , saya kira mereka lebih dipandang mulia dan hebat jika mereka menubuhkan pasukan "berani mati" demi memperjuangkan hak rakyat yang tertindas .

Berani mati dilihat lebih serius dan ikhlas berkorban demi perjuangan dan rakyat tetapi berani bogel hanya dilihat tidak lebih untuk mencari publisiti murahan malah hina tanpa harga. Sekadar mencuri perhatian kerana siapa jua terserempak dengan orang berbogel , pasti sahaja pandangan teralih ke arahnya lalu beristighfar atau mengeluh mengenang punahnya harga diri anak bangsa .

Lihat sahaja beberapa orang pejuang berani mati yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka demi rakyat dan negara , biarpun pihak lawan mengutuk tindakan mereka , tetapi rakyat yang dibela memandang tinggi pengorbanan mereka . Terbaru kita boleh lihat bagaimana kebangkitan rakyat Thailand yang berani mati dalam menghadapi apa jua kemungkinan dengan berkampung di lapangan Terbang bagi mencapai cita - cita perjuangan mereka .

Rata - rata manusia biarpun mereka tidak bersetuju kerana tindakan pejuang berani mati itu menyusahkan orang lain dan mengorbankan mereka yang tidak bersalah , tetapi hati kecil mereka berkata , hebat sungguh rakyat Thailand sehingga sanggup mati demi perjuangan mereka dan mereka nekad sehingga jatuh sebuah kerajaan .

Berbeza dengan pejuang berani bogel , mereka kalaupun benar - benar nekad demi perjuangan mereka membela rakyat , mereka tidak dilihat hebat sebaliknya memalukan malah tidak berkesan kerana orang akan berkata pejuang - pejuang ini gila dan tidak waras serta tiada kemaluan.

Masih banyak aksi dan variasi yang boleh dipilih kalaupun pejuang - pejuang hak rakyat ini kreatif selain mewujudkan pejuang berani bogel .

Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri , apakah rakyat negara ini mengalami hakisan maruah dan semakin lenyap kemaluannya.

Saya teringat bagaimana Allah swt mencabar orang Yahudi yang menganggap syurga adalah milik mereka sahaja . Hanya perjuangan mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang berhak memasuki syurga Allah . Lalu Allah cabar , jika benar dakwaan kamu sila dambakan kematian ! nak tengok , agak - agak masuk syurga ke tindak ?

قل إن كانت لكم الدار الأخرة عند الله خالصة من دون الناس فتمنوا الموت إن كنتم صادقين
و لن يتمنوه أبدا بما قدمت أيديهم و الله عليم بالظالمين

Katakanlah Wahai Muhammad saw : Jika kamu hanya merasakan bahawa negeri akhirat ( syurga Allah ) hanya milik kamu semata - mata bukan hak orang lain , maka kamu mintalah kematian ( untuk kamu ) jika sekiranya kamu adalah orang - orang yang benar . Sekali kali mereka tidak ( berani ) mengharapkan kematian selama - lamanya lantaran apa ( dosa ) yang telah mereka lakukan . Sedang Allah swt Maha Mengetahui keadaan orang - orang yang zalim .

Surah al Baqarah . Ayat : 95 - 95

Jika kita yakin perjuangan kita benar sebagaimana para pejuang Islam pasti sahaja kita sanggup mati dan berani mati tetapi kita tidak sanggup berbogel apalagi untuk berani bogel sekalipun perjuangan itu dirasakan benar . Apalagi kalau perjuangan itu entahkan benar entahkan batil .

posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Saturday, November 1, 2008

Birthday Anwar ke 2 thn

Alhamdulillah, baru saja tadi selesai majlis menyambut birthday Anwar ke 2 tahun. Seperti biasa dalam suasana ekonomi yang tidak sihat, maka sambutan harijadi ini dilakukan secara package - bukan saja untuk Anwar tetapi turut serta aku, KakNgah dan Haziq. 4 dalam 1 ...


Kek padang bola tu...Siapa nak makan rumput hijau tu, bola siapa punye?
Entah apa yang Anwar capai tu, tangan tak tau diam punya...Rupa2nya Anwar takut dengan hadiah "dinosor" tu...Afiqah dah penat sambut birthday abangnya, tido lah pulak..


Saturday, October 25, 2008

Kembalinya Kepada Ilahi

2o Oct - Info dari Mira : Atuk Alias, Tok Guru Ngaji, telah meninggal dunia.

21 Oct - Aku ambil kesempatan terakhir menziarahi rumah arwah. Namun aku tidak sempat menatap wajahnya kerana setibanya di rumahnya, jenazah sedang dimandikan. Aku tidak pernah lupa akan sikapnya yang peramah dan mesra dengan murid2nya. Jasanya tidak terbalas kerana tanpa didikannya pasti aku tidak mampu membaca al-Quran. Terkenang kembali memori yang lalu ditempat aku mengaji al-Quran di hadapan arwah. Sebagai mengenang jasa arwah, aku tidak ketinggalan untuk menyembahyangkannya. Tiada lagi yang mampu aku lakukan. Yang pasti semua akan pergi meninggalkan dunia ini, hanya menunggu masa yang telah ditetapkan.. Semoga roh arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman..Al-Fatihah..

Saturday, October 4, 2008

INFO EKONOMI...

Wall Street is a thoroughfare in lower Manhattan, New York City, United States of America. It runs east from Broadway downhill to South Street on the East River, through the historical center of the Financial District. Wall Street was the first permanent home of the New York Stock Exchange, and over time Wall Street became the name of the surrounding geographic neighborhood. Wall Street is also shorthand (or a metonym) for "influential financial interests" in the U.S.

The NASDAQ (acronym of National Association of Securities Dealers Automated Quotations) is an American stock exchange. It is the largest electronic screen-based equity securities trading market in the United States. With approximately 3,200 companies, it lists more companies and on average trades more shares per day than any other U.S. market.

The New York Stock Exchange (NYSE), nicknamed the "Big Board," is a New York City-based stock exchange. It is the largest stock exchange in the world by dollar volume and, with 2,764 listed securities, has the second most securities of all stock exchanges. Its share volume was exceeded by that of NASDAQ during the 1990s. Nonetheless, the NYSE constitutes the biggest and most crucial financial hub of the world, along with Tokyo Stock Exchange and London Stock Exchange.

The Dow Jones Industrial Average (also called the DJIA, Dow 30, or informally the Dow Jones or The Dow) is one of several stock market indices created by nineteenth century Wall Street Journal editor and Dow Jones & Company co-founder Charles Dow. Dow compiled the index as a way to gauge the performance of the industrial component of America's stock markets. It is the oldest continuing U.S. market index, aside from the Dow Jones Transportation Average,

The S&P 500 is an index containing the stocks of 500 Large-Cap corporations, most of which are American. The index is the most notable of the many indices owned and maintained by Standard & Poor's, a division of McGraw-Hill. S&P 500 is used in reference not only to the index but also to the 500 actual companies whose stocks are included in the index. The S&P 500 index forms part of the broader S&P 1500 and S&P Global 1200 stock market indices.

The Bear Stearns Companies, Inc. is the parent company of Bear, Stearns & Co. Inc., one of the largest global investment banks and securities trading and brokerage firms in the world. The main business areas, based on 2006 net revenue contribution, are: capital markets (equities, fixed income, investment banking; just under 80%), wealth management (under 10%) and global clearing services (12%).

Price of petroleum..


Raya ke 3

3 Oct : Hari ni lepas solat Jumaat lebih kurang jam 4pm, aku sekeluarga, abang-adik-kakak ipar dan Abah meneruskan amalan tahuan menziarahi rumah keluarga masing (rumah menantu2 Abah). Adapun biasanya de Tour ni hanya keluarga2 yang menetap di N9, yang diluar kawasan amatlah jarang untuk di ziarahi.

So 5 buah kereta menyertai de Tour Raya ni...

Rumah pertama adalah rumah mak aku. Nasib baik Mira ada, boleh juga tolong2 Mak. Afnan dan Anwar tak lepas peluang bermain dengan kucing Iwan. Tapi Anwar pandang2 jelah, dia tak berani nak usik, geli agaknya. Mak tak buat apa2 menu special pun, hanya bancuh air sirap je. Lagi pun mereka baru balik dari kampung dan aku pun tak bagii tau awal2. Tapi ok jugak, semuanya berjalan lancar dan pantas. Lepas masing2 menjamah kuih2 raya, next destination adalah ke kampung Along (romzi).

Rumah ke dua, ada menu special, keluarga Along hidangkan mee goreng panas. Sudah rezeki, perut pun dah kosong. So masing2 bukan setakat makan sepinggan, ada yang bertambah2 makannya. Sedap pulak mee nya tu. Kali ni Anwar dapat tengok kambing dengan jelas kerana keluarga Along ada bela beberapa ekor kambing. Rasa2 bukan kambing local, kambing import. Agak pelik bila melihat kandang kambing yang besar dan panjang tu dibina berdekatan dengan rumah. Almaklumlah kambing tak ada tandas tertutup, so paham2 jelah...

Lepas beredar dari kampung Along, kami semua singgahlah sekejap ke masjid berdekatan untuk bersolat Asar. Alhamdulillah kami dapat berjemaah.

Destinasi seterusnya adalah ke kampung Angah (sepol). Namun terpaksa ditangguhkan ke hari esok kerana hari pun dah nak malam. Perjalanan masih jauh, terpaksa merentas hutan dan estate. Abah risau akan baby Afiqah dan Anwar, takut2 di ganggu setan / jin. Maka semua setuju berhenti setakat ni je dan semua pun beredar pulang.

Lepas Isyak, sambung lagi de Tour. Tapi pi rumah Pak Teih je (adik mak mertua). Tak jauh pun, dalam satu taman, cuma kena lintas jalan besar.

Itulah program untuk hari ini...cepat dan memenatkan. Apa pun semua orang happy dan aku pun ada ambil gambar2 menarik yang boleh di kongsi bersama nanti..


Friday, October 3, 2008

2nd Raya

2nd Raya : Aku sekeluarga balik kampung. Wan pun ada pesan kat mak,sebelum ini, pelawa aku balik kampung, bawa anak2. Almaklumklah sejak atuk meninggal sebelum puasa 2008, belum ada aku balik ke kampung lagi. Bukan tak nak balik, cuma kesibukan jkerja2 harian samada di tempat kerja atau jaga baby.

Dalam perjalanan pulang ke kampung didapati jalan agak sesak dan kerata bergerak perlahan. Memang pelik tapi benar dalam hutan pun ada trafic jam. Bukan disebabkan kemalangan jalanraya atau kenderaan berat tapi ia adalah disebabkan bertambahnya bilangan kenderaan, pada suatu masa, jalan 2 line jadi 1 line dan kerapnya kenderaan slow down dan berhenti kerana nak masuk simpang jalan ke kampung masing2. Apa tidaknya, rumah masing2 memang tepi jalan je. Walau bagaimanapun ia cuma bersifat sementara sahaja kerana lepas raya maka jalan akan jadi kosong semula...boleh golek golek di tengah jalan, macam ayam golek atau lembu kena langgar dan tergolek di tepi jalan...

Sampai di kampung boleh dikatakan semua ahli keluarga ada seperti keluarga mak ngah, mak wa dan mak su. Adapun keluarga Pak Ndak dah pi jalan2 raya di kampung isterinya. dan kalau tak silap Mak Lang pun ikut sekali.

Namun Mak Tieh kena balik awal kerana suaminya kena koje petang ni jugak, almaklumlah polis kena bertugas menjaga keselamatan. Mak Cik pun balik awal kerana pergi beraya kerumah mertuanya.... emm tiada maklumat lanjut.

Apa pun Anwar tetap happy kerana adanya Aiman, Izzwan dan Amirul dimana mereka2 tu sudi bermain bersama2.. Malah masa ni jugaklah Anwar kenal apa itu ayam kerana selama ni tak pernah dia tengok ayam real punye melaikan ayam dalam buku atau telah siap d goreng. So apa lagi, dia pun kejarlah ayam2 Wan nya. Besar nanti bolehlah tolong Wan tangkap ayam then buat rendang. Anwar begitu aktif naik turun rumah Wan nya sehingga Mak Lang (mira) pun tak terdaya nak jaga.

Lepas makan tengahari yang dipinda ke petang, aku sekeluarga pun balik. Sebelum balik sempat juga bergambar dengan ahli keluarga di kampung untuk di jadikan kenang2an di masa hadapan.

Thursday, October 2, 2008

RAYA dah..

1 Oct : Semalam berakhirnya bulan Ramadhan untuk tahun ini. Terasa begitu pantas masa berlalu tanpa menunggu sesiapa dan kenapa. Tidak cukup rasanya beramal ibadah di bulan puasa, banyak yang tinggal dari yang terlaksana. Memang rugi, tapi apa nak buat masa itu akan terus berlalu. Harapan akan bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan.

Kini Syawal menjelang tiba. Hari kemenangan buat Umat Islam keseluruhannya dalam berjuang menentang hawa nafsu dan mencari keredhaan Allah. So aku sekeluarga tidak lupa menyambutnya sebagaimana umat Islam yang lain.

Sebelum melangkah aku pergi ke masjid bersama Abah, sempat aku mandikan anak2. Al maklumlah Sayang sibuk membantu emak di dapur. Lagi pun selepas solat Aidilfitri, Mak dan Abah akan berangkat ke Kuantan untuk menziarahi emak Abah yang masih disana.

Jam 8.16am, so aku, Angah Sepul dan Abah berangkat pergi ke masjid. Fikri dan Mamat menyusul kemudian. Penuh juga masjid, semua ada : tua, muda, kanak2, malaysian dan foreigners, semua berpakaian indah2 berlaka. Aku cuma pakai baju melayu hijau dan kain pelekat, tak pakai samping pun kerana tempah baju je. Memang dah plan macam tu kerana selama ni pun teramat jarang sangat2 nak pakai baju melayu lengkap. Lagipun aku memang tak suka pakai samping, terasa rimas. Mungkin tak sampai seru lagi kot....?

Hari ni Abah yang sampaikan khutbah, penuh bersemangat. Apa yang dikhutbahkan adalah berkaitan adap budi dan budaya menyambut Hari Raya sebagai seorang Muslim. Jauhi perkara2 maksiat dan kemungkaran.

Habis solat, maka semua bersalam-salaman dengan iringan alunan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kemudian aku balik bersama2 dengan Abah, Angah Sepul dan Fikri.

Sampai dirumah terus bersarapan bersama2. Aktiviti kemuncak hari ini adalah sesi bergambar dengan semua ahli keluarga. Tahun lepas tak sempat ambil gambar kerana Mak dan Abah pergi ke Kuatan sebelum solat Hari Raya.

Selepas selesai sesi bergambar dengan pelbagai possing, Mak dan Abah pun berangkat pergi ke Kuatan dengan ditemankan oleh Fikri. Rupa2nya Farid juga akan pergu cuma dia akan tunggu di pertengahan jalan (KL).

Aku dan Sayang pun berangkat juga, tapi bukan ke Kuatan tetapi balik kampung di Ampangan. Dekat je, sekitar 10 minit jauhnya... Mak dan Mira memang tunggu kehadiran aku sekeluarga sebelum mereka balik ke kampung Talang.






Monday, September 29, 2008

Menarik...DEEN A WAY OF LIFE

ISLAM milik semua, bukan milik Arab dan bukan milik Melayu, lihat bagaimana "Mat Saleh" yang menerima ISLAM dan mereka berdakwah... visit : http://thedeenshow.com/show.php

Saturday, September 20, 2008

My bIRThday

20 Sept 08 : Pejam celik pejam celik, hari ni genap aku berusia 30thn di alam dunia. Aku hampir lupa sebenarnya nasib baik Sayang yang ingatkan. Almaklumlah dari dulu lagi (sebelum kahwin) bukanlah jadi amalan nak sambut2 birthday ni. So Sayanglah orang pertama ucapkan HAPPY bIRThday...

Rupa2nya Sayang dah belikan hadiah, entah bila masanya Sayang pergi beli. Haaa, hadiah yang memenuhi impian masa lampau... apa dia? tungguuuu...

Wednesday, September 17, 2008

Cintamu

visit: http://www.youtube.com/watch?v=HRVB1nxaPsY

Nota cinta lama
Ku jadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan

Belum pernah ada
Getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Chorus
Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku patri setia
Seteguh kasihmu
Buatku

Kini ku temui
Insan ku sayangi
Sentiasa di sisi
Bagai bintang yang berseri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan

Belum pernah ada
Getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Chorus

Satu jawapan
Engkau berikan
Bisa ku rasa
Segala rahsia asmara
Kau persona cinta
Yang membawa bahagia

Wednesday, September 3, 2008

AWAS ORANG MINYAK


SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
PENGARAH KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu Epid ke 34/2008 (17 hingga 23 Ogos 2008)

Sejumlah 1,003 kes demam denggi telah dilaporkan bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos 2008, menurun sebanyak 36 kes (-3.5%) berbanding minggu sebelumnya (1,039 kes).

Terdapat 4 kematian telah dilaporkan bagi tempoh yang sama iaitu masing-masing satu kes dari negeri Selangor, WPKL, Melaka dan Johor. Walaupun berlaku penurunan kes berbanding minggu sebelumnya, ia adalah 10% lebih tinggi berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (910 kes) dan 31% lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 765 kes.

Sembilan (9) buah negeri telah mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, WP Labuan dan WP Putrajaya. Negeri-negeri ini menyumbang kepada 74% (743 kes) daripada keseluruhan kes yang dilaporkan (Lampiran A).

Sehingga kini sejumlah 29,942 kes demam denggi dengan 71 kematian telah dilaporkan. Di antara penyebab utama penularan denggi adalah kerana masih terdapatnya tempat pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di kawasan yang melaporkan kes denggi.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh KKM & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan rumah kediaman dan kedai masih merupakan premis utama yang positif pembiakan Aedes. Sikap penduduk yang kurang menjaga kebersihan menjadi faktor utama terdapatnya pembiakan nyamuk.

Pemeriksaan juga menunjukkan indeks pembiakan aedes (Aedes Index) yang tinggi di kawasan Tapak Pembinaan, Kilang, Tempat Pembuangan Sampah.....

visit : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/story_docs/alerts/Press_Release_Mg_34.pdf

Tuesday, September 2, 2008

Gambar Baby Afiqah, Anwar & Husna

Afiqah tengah dok lepak...

Afiqah pakai baju baru...

Afiqah and alongnya...kalau macam ni aman dunia

Husna, anak kaklong.. ahli baru

Kelak akan bertambah meriahlah suasana dirumah atuknya dengan kehadiran anak2 aktif dan ceria...

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Hairul

Thursday, August 28, 2008

27 Aug, GH S'ban - Hari ni Afiqah dapatkan injection untuk imunisasi. Malang sekali tak dapat pergi temankan Sayang kerana tiada parking. Hanya Sayang pergi bersama Afiqah, aku dan Anwar terpaksa tunggu dalam kereta.

Itulah masalah di GH, takde parking yang sesuai dan selamat. Kalau ada pun nun dibawah bukit. Terpaksa pulak nak mendaki. Penat2... Agaknya kenapa dulu kala mereka buat hospital atas bukit? Kan lebih baik cari tanah rata dan lapang, baik untuk masa hadapan, dan senangkan rakyat yang sakit dan yang menziarahi orang sakit... Takperlulah sakit hati macam sekarang...

Akhirnya Menang Jugak

Alhamdulilah, akhirnya DSAI menang jugak pada pilihanraya kecil 26 Aug yang baru saja lepas. Segala rintangan telah berjaya diatasi. Yang pasti selepas ini suasana di PARLIMEN akan jadi lebih hangat...


Benarkah DSAI dan PAKATAN RAKYAT akan ambil alih kerajaan dan beliau akan jadi PM? Sama2 kita saksikan dalam masa terdekat... Best ni, melihat sendiri lakaran sejarah negara..

Thursday, August 14, 2008

Barang dah sampai

13 Aug o8 : Barang2 yang ditunggu2 dah pun sampai. Bukan barang2 mahal sangat pun, hanya sekadar rak buku, peti sejuk dan mesin basuh. Kiranya itu barang2 basic yang perlu ada bagi aku dan Sayang. Barang nak cantik tapi mesti murah.


Sunday, August 10, 2008

Makan Malam Yang Mencabar

9 Aug : Selepas Mira, Mak dan Iwan datang ke rumah baru semalam dan bantu ukur langsir, kita semua bersetuju untuk makan luar. Aku saje nak belanja mereka. Maka destinasi kami adalah JUSCO di S2. Mula2 nak makan di KFC or McD sahaja kerana makananya mudah dan cepat, tapi semua full dan kalau ada kosong pun tak fit untuk kita 7 orang + 1 baby... sempit.

So semua setuju makan di JONY, selepas mempertimbangkan kesesuaian tempatnya - terkepung, tak berapa ramai. Lagipun ni first time bawa emak pergi makan di Jusco. So kenalah special sikit...

Namun "di sangka air tenang", tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak terkawal, apa tidaknya Anwar dan Afiqah buat ragam. Anwar nak makan sendiri, tapi yang tertumpah lebih banyak berbanding yang masuk mulut dan ketuk sana ketuk sini. Dan Afiqah pulak kerap nagis, nak kan susu di ketika semua orang start menjamu selera. Dahlah kat tempat public, macam mana pulak nak menyususkan baby dengan selesa. So aku tolonglah lindung2 sikit, nasib baik tak makan kat meja dibahagian hadapan.

Macam2 karenah nak melayan budak berdua ni. Aku pun jadi panik dan poning macam tu jugak Sayang dan Mira. Tak dapat nak merasai nikmat makan dengan tenang kecuali Iwan kot.

Abis tak habis makanan, lepas solat Maghrib semua orang beredar. Dah tak tahan melayan perangai anak2 ni, nanti marah pulak orang lain.

Ternyata makan malam tadi sesuatu yang amat mencabar untuk tahun 2008. Nampak gaya lepas ni bungkus makanan dan makan di rumah ajelah...

Saturday, August 9, 2008

Pasang Langsir

9 Aug : Hari ni sibuk lagi di rumah baru, sibuk pasangkan langsir temporary di beberapa sliding door dan tingkap. Langsir baru belum order lagi, baru aje ukur panjang dan lebar tingkap. So tempopary pun takpelah, mak loan kan langsir tu sampai beli langsir baru. So tema langsir adalah pelangi - warna warni , rojak punya color.

Tuesday, August 5, 2008

Hairul Kawin

2 August yang lalu, berlangsungnya majlis perkahwinan Hairul di Putrajaya. Majlis bermula dari jam 12tgh sehingga jam 4ptg. Aku tidak pergi berseorangan tetapi turut ditemani oleh Sayang, Anwar, Baby Afiqah dan Mira. Mak dan Izwan dah pergi satu hari awal untuk membantu sekadar yang termampu.

Bertolak dari Seremban lebih kurang pada jam 11 pagi, satu jam lewat dari perancangan awal. Tapi apa nak buat, bukan sengaja tapi almaklumlah ada anak yang masih kecil ni, macam2 perangai, so kenalah layan. Sampai lebih kurang jam 12tgh, ngam2 time makan dan sama tiba dengan rombongan pengantin lelaki.

Tidak disangka, tema yang dipilih adalah warna hijau, kemah pulak hijau putih... macam bendera PAS je... pelik jugak kerana Pak Busu kan UMNO... saje tu kot...

Mak Busu yang sambut kami, then mak dan Izwan pun datang. Aku adalah hulur sikit duit pada Busu, taklah banyak sampai ribu2, harap dapat kurangkan beban. Selama bersekolah dulu pun Mak Busu banyak belikan buku latihan dan rujukan untuk aku. Aku tak mintak pun, lagipun dia bukan orang kaya raya, tapi dia tetap belikan buku2 dengan harapan aku berjaya. Semua tu aku tak lupakan.

So lepas salam2 kami pun menjamu seleralah, mana boleh tahan, sudah lapar maaa.. Kami tak lama duduk di kemah, lepas makan terus naik ke rumah Busu di tingkat 2. Takut budak2 ni tak tahan panas , lagipun semua orang nak tengok pengantin bersiap ...

Kita orang still tak keluar rumah walaupun pengantin dah turun dan bersanding. Lepas solat Zohor barulah turun, itu pun dah jam 3.30ptg. Lepas salam2 dengan Mak Busu dan Hiarul, barulah kita semua berangkat pulang. Emak ikut sekali, bawa Aiman. Izwan tak dapat nak ikut kerana dah penuh...

OK, nanti bulan Oct. nak pergi rumah pengantin lelaki pulak, pergi konvoi InsyaALLAH..


Monday, July 28, 2008

Bersihkan Rumah Baru

Pagi tadi aku, Sayang dan Bibik sibuk mengemas rumah baru 297. Cuci semuanya dari atas sampai bawah.

So untuk memastikan kerja2 berjalan lancar, maka Anwar ditinggalkan sekejap di rumah KakNgah, almaklumlah KakNgah tengah bercuti kerana Sabtu dan Ahad lepas mereka sekeluarga pi Penang. Dan Afiqah pula tinggal di rumah, Wan nya jaga.

Kerja2 bermula jam 10am, tapi hanya bertahan sampai jam 1pm kerana Afiqah mengamuk dan Wan nya perlukan bantuan segera. Afiqah mengamuk kerana nak menyusus dan tak mahu minum susu dalam botol. So Wan nya pun pening kepala lah...segera pulang...

Oleh yang demikian, kerja2 ditangguhkan buat seketika, dan akan disambung semula dalam masa terdekat... maybe esok, lusa, minggu depan or bulan depan? Nanti tengoklah...

Monday, July 21, 2008

Kembali kepada Yang Maha Esa

Lewat petang 17 JULAI 08 yang lalu, merupakan tarikh kembalinya roh atuk, Sulaiman anak kepada Normah, kepada Yang Maha Esa. Pemergiannya memeranjatkan semua ahli keluarga kerana arwah kelihatan cukup sihat pada siang harinya, tetapi petangnya arwah sudah tiada.

Pondok usang menjadi saksi kedatangan Malaikat Maut yang menjemput kembali rohnya yang telah dipinjamkan kepada jasad selama 79 thn. Kini apa yang disukai, dicintai, dinikmati, disayangi dan diimpikan malah yang dibenci telah ditinggalkan.

Tanggisan anak2 dan cucu2 yang meratapi jasad yang terbujur kaku tidak mampu mengembalikan kehidupan yang lalu. Yang pasti kini arwah sudah berada di alam kubur dimana ia merupakan perantaraan ke alam Akhirat.

Jasad yang dulu mampu berdiri, kini terlantar kesejukan, ditemani dengan bacaan ayat2 suci al-Quran dari malam sehingga pagi, tapi ia sekadar sementara cuma sebelum jasad diusung ke liang lahad.

Jenazah dimandikan diruang berdekatan pondok usangnya. Anak, menantu, cucu dan rakan2 turut mengabadikan budi dengan memandikan arwah. Jelas kelihatan cucu tersayang tidak dapat menahan air mata apabila melihat arwah kini tidak berdaya, hanya kaku dimandikan.

Bila jenazah diusung dari tempat mandian ke kain kapan, aku terus bergegas menghulurkan bantuan. Kali pertama aku mengusung jasadnya dan kali pertama aku turut membantu kerja mengkapankan.

Kain putih membaluti jasad, selapis demi selapis, dan akhirnya diikat dan ditaburkan wangian. Tiada lagi pakaian cantik untuk bergaya, cuma kain putih melindungi badan.

Akhir sekali sebelum wajah arwah ditutup dengan kain kafan, ahli keluarga diberi peluang untuk menatapi atau memberi ciuman terakhir kepada arwah. Suasana menjadi amat pilu dan sebak sehingga minitiskan air mata. Semua tahu selepas ini wajah arwah tidak kelihatan lagi.

Apabila tiba giliranku, aku menghampiri jenazah, lantas aku cium dahinya dan pipi kanannya. Kesejukan jasad ku rasai, ku sebak tidak terhingga. Dahulu aku mampu bersalam dan bertegur sapa dengannya tapi kini arwah sudah pergi meninggalkan semua.

Jenazah dibawa ke masjid untuk di sembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat. Dan kemudian dibawa pula ketanah perkuburan. Kubur yang dahulu jadi laluan kini menjadi tempat persinggahan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar, jenazah telah dikebumikan tanpa ada rintangan. Selepas talkin dan doa yang di bacakan imam, maka bergeraklah semua pulang meninggalkan arwah. Setapak demi setapak semuanya beransur hilang...jauh meninggalkan kawasan perkuburan.

Kini tinggallah arwah berseorangan di liang lahat yang sejuk dan gelap menanti bermulanya episod kehidupan BARU di Alam Kubur, ALAM AKHIRAT...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

kullu nafsin za iqatul maut

- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -



ADAB ZIARAH KUBUR

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Islam adalah agama yang sempurna yang mengajarkan umat-Nya hidup saling bersaudara, bantu-membantu dan hormat-menghormati sesama manusia, tidak kira sama ada seseorang itu masih hidup atau telah meninggal dunia. Dalam konteks ini, Islam telah menganjurkan dan mengajarkan cara untuk menghormati mereka yang telah meninggal dunia, iaitu dengan melakukan ziarah ke tanah perkuburan.

Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini dan amalan tersebut semakin bertambah dalam bulan Ramadan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri. Ziarah ke tanah perkuburan ini, pada hakikatnya tidaklah tertumpu pada bulan Ramadan atau bulan Syawal sahaja, akan tetapi kita digalakkan berziarah ke tanah perkuburan pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah maksudnya:

"Dari Abi Mas'ud Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzihadkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.''

Amalan ziarah kubur ini mempunyai tujuan dan hikmatnya tersendiri, antaranya ialah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wataala dengan sebab mengikuti Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di samping itu, berziarah ini juga akan menerbitkan perasaan insaf dan taubat di dalam hati tentang menghadapi hari kematian, alam kubur dan alam akhirat, iaitu dengan muhasabah diri, adakah amalan kita sudah mencukupi untuk dijadikan bekal di dalam alam barzakh dan alam akhirat.

Selain itu, berziarah kubur juga jika difahami dan dihayati tujuannya, akan mengingatkan kepada kita asal usul kejadian kita yang berasal dari tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan. Dengan penghayatan sedemikian, insya-Allah akan menggamit rasa hati dan kesedihan serta dapat melembutkan kekerasan hati, yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi segala larangan-Nya.

Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah Subhanahu Wataala. Perlulah diketahui bahawa permohonan doa anak yang salih itu, yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala serta ditulis oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulallah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang salih yang mendoakan baginya.''

Perlu juga diketahui, bahawa agama Islam telah menggariskan panduan dan adab-adab ziarah kubur yang patut diikuti.

Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwuduk dan memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Kemudian barulah kita bertolak menuju ke tanah perkuburan dan berniat ikhlas selaras dengan tujuan dan hikmah ziarah tersebut.

Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dan afdalnya dilakukan dalam keadaan kita berdiri di tepi kubur dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang kita ziarahi, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang bermaksud:

"Dari Sulaiman bin Buraidah dari bapa-Nya: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur supaya mengucapkan: Assalamualaikum, mudah-mudahan Allah melimpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur orang-orang Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami insya-Allah akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah keafiatan untuk kami dan bagi kamu juga.''

Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong, sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam An-Nisa'i maksudnya:

"Dari Abdullah bin Buraidah dari bapa-Nya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah dan janganlah kamu bercakap-cakap perkara yang batal."

Keempat: Disunatkan memberi sedekah kerana amalan bersedekah adalah antara Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan diniatkan kepada ahli kubur agar pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur tersebut. Ini berdasarkan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha katanya: Seseorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya Rasulallah! Ibuku meninggal dengan secara tiba-tiba dan dia tidak sempat berwasiat. Menurut dugaanku, seandainya dia sempat berbicara, mungkin dia akan bersedekah. Dapatkah dia pahalanya jika aku bersedekah atas namanya? Jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya.''

Kelima: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama menjaga adab-adab ziarah kubur dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang, apatah lagi yang boleh merosakkan akidah dan keimanan kita. Mudah-mudahan kesan dari amalan ziarah yang kita lakukan itu dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita dengan sentiasa mengingati mati dan segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wataala.

Di samping itu juga kita berharap penghuni kubur pula akan mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari seksa kubur dan azab api Neraka. Amin, amin ya Rabbalalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus ayat 25 tafsirnya:

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat ke diaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut undang-undang peraturan-Nya ke jalan yang betul lurus yang selamat itu


Tuesday, July 15, 2008

Semalam Debat, Hari Ni Kena Tangkap

Semalam semua orang sibuk tengok debat antara DSAI vs Sabry Cheek, berdebar2 rasanya. Tidak dinafikan debat tu memang HOT. Ketawa ada , menyampah pun ada. Tapi yang pasti DSAI menampilkan hujah yang bernas yang membanggakan...

Tapi hari ni cukup memeranjatkan, apabila DSAI telah ditahan polis.

Moga2 beliau selamat dan akan dilepaskan untuk meneruskan perjuangan..


Saturday, July 12, 2008

Afiqah Suka Buaian..

Petang semalam/tadi, aku, Sayang dan Anwar pergi belikan satu lagi spring buaian di Giant khas untuk Afiqah. Almaklumlah sekarang ni Afiqah dah selesa pulak didodoikan dalam buaian, so kena kongsi pulak dengan abangnya. Untuk elakkan konflik antara mereka berdua, lebih baik beli buaian untuk masing2 punye, nanti berebut dan bergaduh pulak macam KOREA UTARA dan KOREA SELATAN ...

Sunday, July 6, 2008

Harijadi Afnan

Hari ni adala harijadi Afnan yang ke-2 tahun. Dengar2 mak abahnya nak buat majlis, tapi masih tak pasti.

Apapun aku dah belikan hadiah, bukan untuk Afnan seorang tapi untuk Anwar sekali. Kalau beli satu confirm berebut, so lebih baik beli 2. Cari jalan selamat....

Friday, July 4, 2008

Kak Long Masuk Ward

Dah 2 hari KakLong Ju masuk ward kerana urinya berada diposisi yang kritikal. Itu pun dikesan semasa scan kandungannya di Klinik Kesihatan Ampangan.

Keadaan ini memerlukan pemerhatian dan pemantauan dari doktor kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. KakLong di nasihati banyak2 berehat, so kenalah duduk di ward.

Setakat hari ni, aku dan Sayang masih belum ada kesempatan / peluang untuk menziarahinya.

Wednesday, July 2, 2008

Ole2 dari Kelantan...

Antara ole2 ang dibeli dari Kelantan selepas hantar Mamat..

Tuesday, July 1, 2008

Ziarah AFIQAH & ANWAR

28 JUNE yang baru berlalu, Mira & Mak datang ziarah Afiqah & Anwar. Mula2 janji nak datang lepas maghrib, finally datang jam 9 lebih, memang betul2 lepas maghrib, nasib baik tak jam 12pagi ke atau 3 pagi ke.. he,he,he. Masa tu Iwan tak dapat datang kerana tengah dok joint kursus di pusat dakwah.

Alhamdulillah, diorang bawakan beberapa cucuk sate yang telah lama diidam2kan... sampai juga hajat... Kata Mira sebab beli satelah diorang lambat sampai, kerana ramai sangat pulak yang beli sate malam ni. Mungkin ramai yang mengidam kot?

Masa tu rumah takde orang, semua pergi hantar Mamat ke Kelantan. Yang tinggal cuma aku sekeluarga dan Bibik. OK juga Mira & Mak datang, boleh juga main2 dengan Anwar sekejap. Anwar pun tengah "mati kutu", tak tau nak main dengan siapa...





Note : Dalam gambar diatas tidak kedapatan gambar Bibiknya kerana dia sudah masuk tidur kerana tidak tertahan menanti kunjungan "tetamu lepas maghrib" yang tidak sampai2.... ha, ha, ha... Lain kali kena jadi "tetamu lepas isyak" pulak ni...

PENUTUP KATA : Terima kasih kerana datang ziarah dan belikan sate, lepas ni belilah PIZZA pulak ye...

Saturday, June 28, 2008