Monday, July 28, 2008

Bersihkan Rumah Baru

Pagi tadi aku, Sayang dan Bibik sibuk mengemas rumah baru 297. Cuci semuanya dari atas sampai bawah.

So untuk memastikan kerja2 berjalan lancar, maka Anwar ditinggalkan sekejap di rumah KakNgah, almaklumlah KakNgah tengah bercuti kerana Sabtu dan Ahad lepas mereka sekeluarga pi Penang. Dan Afiqah pula tinggal di rumah, Wan nya jaga.

Kerja2 bermula jam 10am, tapi hanya bertahan sampai jam 1pm kerana Afiqah mengamuk dan Wan nya perlukan bantuan segera. Afiqah mengamuk kerana nak menyusus dan tak mahu minum susu dalam botol. So Wan nya pun pening kepala lah...segera pulang...

Oleh yang demikian, kerja2 ditangguhkan buat seketika, dan akan disambung semula dalam masa terdekat... maybe esok, lusa, minggu depan or bulan depan? Nanti tengoklah...

Monday, July 21, 2008

Kembali kepada Yang Maha Esa

Lewat petang 17 JULAI 08 yang lalu, merupakan tarikh kembalinya roh atuk, Sulaiman anak kepada Normah, kepada Yang Maha Esa. Pemergiannya memeranjatkan semua ahli keluarga kerana arwah kelihatan cukup sihat pada siang harinya, tetapi petangnya arwah sudah tiada.

Pondok usang menjadi saksi kedatangan Malaikat Maut yang menjemput kembali rohnya yang telah dipinjamkan kepada jasad selama 79 thn. Kini apa yang disukai, dicintai, dinikmati, disayangi dan diimpikan malah yang dibenci telah ditinggalkan.

Tanggisan anak2 dan cucu2 yang meratapi jasad yang terbujur kaku tidak mampu mengembalikan kehidupan yang lalu. Yang pasti kini arwah sudah berada di alam kubur dimana ia merupakan perantaraan ke alam Akhirat.

Jasad yang dulu mampu berdiri, kini terlantar kesejukan, ditemani dengan bacaan ayat2 suci al-Quran dari malam sehingga pagi, tapi ia sekadar sementara cuma sebelum jasad diusung ke liang lahad.

Jenazah dimandikan diruang berdekatan pondok usangnya. Anak, menantu, cucu dan rakan2 turut mengabadikan budi dengan memandikan arwah. Jelas kelihatan cucu tersayang tidak dapat menahan air mata apabila melihat arwah kini tidak berdaya, hanya kaku dimandikan.

Bila jenazah diusung dari tempat mandian ke kain kapan, aku terus bergegas menghulurkan bantuan. Kali pertama aku mengusung jasadnya dan kali pertama aku turut membantu kerja mengkapankan.

Kain putih membaluti jasad, selapis demi selapis, dan akhirnya diikat dan ditaburkan wangian. Tiada lagi pakaian cantik untuk bergaya, cuma kain putih melindungi badan.

Akhir sekali sebelum wajah arwah ditutup dengan kain kafan, ahli keluarga diberi peluang untuk menatapi atau memberi ciuman terakhir kepada arwah. Suasana menjadi amat pilu dan sebak sehingga minitiskan air mata. Semua tahu selepas ini wajah arwah tidak kelihatan lagi.

Apabila tiba giliranku, aku menghampiri jenazah, lantas aku cium dahinya dan pipi kanannya. Kesejukan jasad ku rasai, ku sebak tidak terhingga. Dahulu aku mampu bersalam dan bertegur sapa dengannya tapi kini arwah sudah pergi meninggalkan semua.

Jenazah dibawa ke masjid untuk di sembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat. Dan kemudian dibawa pula ketanah perkuburan. Kubur yang dahulu jadi laluan kini menjadi tempat persinggahan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar, jenazah telah dikebumikan tanpa ada rintangan. Selepas talkin dan doa yang di bacakan imam, maka bergeraklah semua pulang meninggalkan arwah. Setapak demi setapak semuanya beransur hilang...jauh meninggalkan kawasan perkuburan.

Kini tinggallah arwah berseorangan di liang lahat yang sejuk dan gelap menanti bermulanya episod kehidupan BARU di Alam Kubur, ALAM AKHIRAT...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

kullu nafsin za iqatul maut

- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -



ADAB ZIARAH KUBUR

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Islam adalah agama yang sempurna yang mengajarkan umat-Nya hidup saling bersaudara, bantu-membantu dan hormat-menghormati sesama manusia, tidak kira sama ada seseorang itu masih hidup atau telah meninggal dunia. Dalam konteks ini, Islam telah menganjurkan dan mengajarkan cara untuk menghormati mereka yang telah meninggal dunia, iaitu dengan melakukan ziarah ke tanah perkuburan.

Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini dan amalan tersebut semakin bertambah dalam bulan Ramadan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri. Ziarah ke tanah perkuburan ini, pada hakikatnya tidaklah tertumpu pada bulan Ramadan atau bulan Syawal sahaja, akan tetapi kita digalakkan berziarah ke tanah perkuburan pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah maksudnya:

"Dari Abi Mas'ud Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzihadkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.''

Amalan ziarah kubur ini mempunyai tujuan dan hikmatnya tersendiri, antaranya ialah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wataala dengan sebab mengikuti Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di samping itu, berziarah ini juga akan menerbitkan perasaan insaf dan taubat di dalam hati tentang menghadapi hari kematian, alam kubur dan alam akhirat, iaitu dengan muhasabah diri, adakah amalan kita sudah mencukupi untuk dijadikan bekal di dalam alam barzakh dan alam akhirat.

Selain itu, berziarah kubur juga jika difahami dan dihayati tujuannya, akan mengingatkan kepada kita asal usul kejadian kita yang berasal dari tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan. Dengan penghayatan sedemikian, insya-Allah akan menggamit rasa hati dan kesedihan serta dapat melembutkan kekerasan hati, yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi segala larangan-Nya.

Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah Subhanahu Wataala. Perlulah diketahui bahawa permohonan doa anak yang salih itu, yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala serta ditulis oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulallah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang salih yang mendoakan baginya.''

Perlu juga diketahui, bahawa agama Islam telah menggariskan panduan dan adab-adab ziarah kubur yang patut diikuti.

Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwuduk dan memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Kemudian barulah kita bertolak menuju ke tanah perkuburan dan berniat ikhlas selaras dengan tujuan dan hikmah ziarah tersebut.

Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dan afdalnya dilakukan dalam keadaan kita berdiri di tepi kubur dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang kita ziarahi, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang bermaksud:

"Dari Sulaiman bin Buraidah dari bapa-Nya: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur supaya mengucapkan: Assalamualaikum, mudah-mudahan Allah melimpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur orang-orang Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami insya-Allah akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah keafiatan untuk kami dan bagi kamu juga.''

Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong, sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam An-Nisa'i maksudnya:

"Dari Abdullah bin Buraidah dari bapa-Nya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah dan janganlah kamu bercakap-cakap perkara yang batal."

Keempat: Disunatkan memberi sedekah kerana amalan bersedekah adalah antara Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan diniatkan kepada ahli kubur agar pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur tersebut. Ini berdasarkan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha katanya: Seseorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya Rasulallah! Ibuku meninggal dengan secara tiba-tiba dan dia tidak sempat berwasiat. Menurut dugaanku, seandainya dia sempat berbicara, mungkin dia akan bersedekah. Dapatkah dia pahalanya jika aku bersedekah atas namanya? Jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya.''

Kelima: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama menjaga adab-adab ziarah kubur dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang, apatah lagi yang boleh merosakkan akidah dan keimanan kita. Mudah-mudahan kesan dari amalan ziarah yang kita lakukan itu dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita dengan sentiasa mengingati mati dan segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wataala.

Di samping itu juga kita berharap penghuni kubur pula akan mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari seksa kubur dan azab api Neraka. Amin, amin ya Rabbalalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus ayat 25 tafsirnya:

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat ke diaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut undang-undang peraturan-Nya ke jalan yang betul lurus yang selamat itu


Tuesday, July 15, 2008

Semalam Debat, Hari Ni Kena Tangkap

Semalam semua orang sibuk tengok debat antara DSAI vs Sabry Cheek, berdebar2 rasanya. Tidak dinafikan debat tu memang HOT. Ketawa ada , menyampah pun ada. Tapi yang pasti DSAI menampilkan hujah yang bernas yang membanggakan...

Tapi hari ni cukup memeranjatkan, apabila DSAI telah ditahan polis.

Moga2 beliau selamat dan akan dilepaskan untuk meneruskan perjuangan..


Saturday, July 12, 2008

Afiqah Suka Buaian..

Petang semalam/tadi, aku, Sayang dan Anwar pergi belikan satu lagi spring buaian di Giant khas untuk Afiqah. Almaklumlah sekarang ni Afiqah dah selesa pulak didodoikan dalam buaian, so kena kongsi pulak dengan abangnya. Untuk elakkan konflik antara mereka berdua, lebih baik beli buaian untuk masing2 punye, nanti berebut dan bergaduh pulak macam KOREA UTARA dan KOREA SELATAN ...

Sunday, July 6, 2008

Harijadi Afnan

Hari ni adala harijadi Afnan yang ke-2 tahun. Dengar2 mak abahnya nak buat majlis, tapi masih tak pasti.

Apapun aku dah belikan hadiah, bukan untuk Afnan seorang tapi untuk Anwar sekali. Kalau beli satu confirm berebut, so lebih baik beli 2. Cari jalan selamat....

Friday, July 4, 2008

Kak Long Masuk Ward

Dah 2 hari KakLong Ju masuk ward kerana urinya berada diposisi yang kritikal. Itu pun dikesan semasa scan kandungannya di Klinik Kesihatan Ampangan.

Keadaan ini memerlukan pemerhatian dan pemantauan dari doktor kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. KakLong di nasihati banyak2 berehat, so kenalah duduk di ward.

Setakat hari ni, aku dan Sayang masih belum ada kesempatan / peluang untuk menziarahinya.

Wednesday, July 2, 2008

Ole2 dari Kelantan...

Antara ole2 ang dibeli dari Kelantan selepas hantar Mamat..

Tuesday, July 1, 2008

Ziarah AFIQAH & ANWAR

28 JUNE yang baru berlalu, Mira & Mak datang ziarah Afiqah & Anwar. Mula2 janji nak datang lepas maghrib, finally datang jam 9 lebih, memang betul2 lepas maghrib, nasib baik tak jam 12pagi ke atau 3 pagi ke.. he,he,he. Masa tu Iwan tak dapat datang kerana tengah dok joint kursus di pusat dakwah.

Alhamdulillah, diorang bawakan beberapa cucuk sate yang telah lama diidam2kan... sampai juga hajat... Kata Mira sebab beli satelah diorang lambat sampai, kerana ramai sangat pulak yang beli sate malam ni. Mungkin ramai yang mengidam kot?

Masa tu rumah takde orang, semua pergi hantar Mamat ke Kelantan. Yang tinggal cuma aku sekeluarga dan Bibik. OK juga Mira & Mak datang, boleh juga main2 dengan Anwar sekejap. Anwar pun tengah "mati kutu", tak tau nak main dengan siapa...





Note : Dalam gambar diatas tidak kedapatan gambar Bibiknya kerana dia sudah masuk tidur kerana tidak tertahan menanti kunjungan "tetamu lepas maghrib" yang tidak sampai2.... ha, ha, ha... Lain kali kena jadi "tetamu lepas isyak" pulak ni...

PENUTUP KATA : Terima kasih kerana datang ziarah dan belikan sate, lepas ni belilah PIZZA pulak ye...