Sunday, December 28, 2008

Tunku Jaafar - Mangkat

27 Dec 08 - mangkatnya Tunku Jaafar di GH Seremban.

Aku kat rumah hanya tahu berita ini bila KakNgah dapat call dari Angah. Mungkin kerana tak dengar radio negeri maka lambatlah dapat berita hangat ini. Untuk pengesahan maka aku call Sayang yang tengah on-call. So memang pasti Tunku Jaafar mangkat.

Pelik tapi benar jenazah keluar dari GH pada lewat petang walhal meninggalnya jam 11.45am.

Saturday, December 13, 2008

Benarkah Ni...?

Alamak mufti JOHOR bersama dengan ...., ni kerana ukhwah atau...

Sunday, December 7, 2008

Bencana Menimpa Negara

Macam2 yang berlaku di dalam negara dewasa kini. Belum habis kisah banjir, tiba2 rakyat dikejutkan pula dengan tanah runtuh.

Apa pun banjir yang melanda pantai timur adalah sesuatu yang dijangkakan, ia pasti berlaku setiap kali hujung tahun. Namun al-kisah tanah runtuh adalah sesuatu yang luar biasa apatah lagi ia berlaku di kawasan metropolitan, rumah orang kaya2 dan berharta.

Kawasan kejadian ini taklah berapa jauh dari tapak kejadian tumbangnya menara tanah tinggi yang berlaku pada thn 93.

Death from above: Four people were killed when a huge landslide hit Taman Bukit Mewah in Ampang, destroying 14 bungalows and forcing thousands to evacuate. The landslide occurred just kilometres from the site of the fateful Highland Towers disaster in 1993.

Apakah pengajaran disebalik al-kisah tanah runtuh ni? Apa dosa mereka, rumah dan tanah?

Saturday, December 6, 2008

Birthday Mak Senawang

Pagi tadi adik beradik Sayang sambut Birthday emaknya. Majlis kecil-kecilan je, makan kuih muih. Aku tak dapat join coz pergi kerja. So hadiah yang mereka bagi adalah berupa handphone NOKIA yang harganya kurang RM500.

Friday, December 5, 2008

PEJUANG : Berani Mati vs Berani Bogel

Di copy dari : http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

PEJUANG :
Berani Mati vs Berani Bogel

Saya seperti malu sendiri apabila mendengar satu pasukan "berani bogel" oleh satu golongan yang mendakwa diri mereka adalah pejuang rakyat .

Memalukan dan sungguh mengaibkan , tambahan mereka rata - rata adalah beragama Islam . Hanya kerana memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang didakwa tertindas dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Selangor lalu satu pasukan khas "berani bogel" ditubuhkan dan bila - bila masa akan tampil bogel dikhalayak ramai jika tuntutan mereka tidak ditunai.

Bila - bila pun saya hormat dan respek kepada golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan . Tidak kira apa bentuk perjuangan dan apa pula matlamat yang ingin mereka capai , jika mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja demi mencapainya maka saya kira mereka hebat .

Namun persoalannya terhenti diatas dua nokhtah yang perlu diambil kira kalaupun mahu berkorban demi sebuah perjuangan .

1. Apakah perjuangannya dan bagaimana matlamatnya ?
2. Bagaimana ia bertindak melunasi perjuangannya ?

Sebagai seorang muslim , mukmin yang mujaahid , kedua - dua nokhtah tersebut mestilah positif dan menepati kehendak syara' malah tidak bercanggah dengannya.

Tanpa menilai siapa yang benar dan salah dalam isu ini , dakwaan bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat terindas yang dinafikan hak mereka adalah positif dan baik tetapi tidak semestinya kita bebas berbuat apa sahaja untuk mendapatkan hak kita .

Semangat mahu membela rakyat tiada siapa yang pertikai , justeru rakyat berhak mendapat bantuan dan pembelaan pada bila - bila masa apabila mereka dianiaya , tetapi tindakan mahu berbogel dikhalayak ramai adalah suatu yang negatif dan sangat mengaibkan . Malah ia juga tidak boleh dilihat atau dijamin berjaya .

Masih ada saluran yang lebih waras dan siuman untuk bertindak benteras kezaliman dan kekejaman . Berbogel adalah satu kezaliman ke atas diri sendiri yang sepatutnya dipelihara dan dijaga maruah nya. Berbogel pastinya tindakan tidak bertamadun dan mengundang penghinaan ummah ke atas pelakunya .

Saya tidak nampak kehebatan pejuang berani bogel untuk memperjuangkan hak rakyat melainkan apa yang saya nampak ialah satu kelucuan , satu kebodohan dan satu kelucahan melampau .

Kenapa tidak skuad "Berani Mati" ditubuhkan ?

Andai mereka benar - benar nekad dan merasakan mereka berada di pihak yang benar , saya kira mereka lebih dipandang mulia dan hebat jika mereka menubuhkan pasukan "berani mati" demi memperjuangkan hak rakyat yang tertindas .

Berani mati dilihat lebih serius dan ikhlas berkorban demi perjuangan dan rakyat tetapi berani bogel hanya dilihat tidak lebih untuk mencari publisiti murahan malah hina tanpa harga. Sekadar mencuri perhatian kerana siapa jua terserempak dengan orang berbogel , pasti sahaja pandangan teralih ke arahnya lalu beristighfar atau mengeluh mengenang punahnya harga diri anak bangsa .

Lihat sahaja beberapa orang pejuang berani mati yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka demi rakyat dan negara , biarpun pihak lawan mengutuk tindakan mereka , tetapi rakyat yang dibela memandang tinggi pengorbanan mereka . Terbaru kita boleh lihat bagaimana kebangkitan rakyat Thailand yang berani mati dalam menghadapi apa jua kemungkinan dengan berkampung di lapangan Terbang bagi mencapai cita - cita perjuangan mereka .

Rata - rata manusia biarpun mereka tidak bersetuju kerana tindakan pejuang berani mati itu menyusahkan orang lain dan mengorbankan mereka yang tidak bersalah , tetapi hati kecil mereka berkata , hebat sungguh rakyat Thailand sehingga sanggup mati demi perjuangan mereka dan mereka nekad sehingga jatuh sebuah kerajaan .

Berbeza dengan pejuang berani bogel , mereka kalaupun benar - benar nekad demi perjuangan mereka membela rakyat , mereka tidak dilihat hebat sebaliknya memalukan malah tidak berkesan kerana orang akan berkata pejuang - pejuang ini gila dan tidak waras serta tiada kemaluan.

Masih banyak aksi dan variasi yang boleh dipilih kalaupun pejuang - pejuang hak rakyat ini kreatif selain mewujudkan pejuang berani bogel .

Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri , apakah rakyat negara ini mengalami hakisan maruah dan semakin lenyap kemaluannya.

Saya teringat bagaimana Allah swt mencabar orang Yahudi yang menganggap syurga adalah milik mereka sahaja . Hanya perjuangan mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang berhak memasuki syurga Allah . Lalu Allah cabar , jika benar dakwaan kamu sila dambakan kematian ! nak tengok , agak - agak masuk syurga ke tindak ?

قل إن كانت لكم الدار الأخرة عند الله خالصة من دون الناس فتمنوا الموت إن كنتم صادقين
و لن يتمنوه أبدا بما قدمت أيديهم و الله عليم بالظالمين

Katakanlah Wahai Muhammad saw : Jika kamu hanya merasakan bahawa negeri akhirat ( syurga Allah ) hanya milik kamu semata - mata bukan hak orang lain , maka kamu mintalah kematian ( untuk kamu ) jika sekiranya kamu adalah orang - orang yang benar . Sekali kali mereka tidak ( berani ) mengharapkan kematian selama - lamanya lantaran apa ( dosa ) yang telah mereka lakukan . Sedang Allah swt Maha Mengetahui keadaan orang - orang yang zalim .

Surah al Baqarah . Ayat : 95 - 95

Jika kita yakin perjuangan kita benar sebagaimana para pejuang Islam pasti sahaja kita sanggup mati dan berani mati tetapi kita tidak sanggup berbogel apalagi untuk berani bogel sekalipun perjuangan itu dirasakan benar . Apalagi kalau perjuangan itu entahkan benar entahkan batil .

posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi