Tuesday, April 21, 2009

Jiran rupanya Junior

Tak disangka2 jiran baru aku yang ke-3 dari rumah adalah Junior aku semasa di KCP dulu. Khairy Nayan, itulah namanya. Kebetulan berjumpa di kedai, semasa aku nak menjamah sarapan pagi. Alhamdulillah, dia yang bayar semunya.

Dulu memang ada nampak kelibatnya sekali sekala semasa shopping. Tapi tak kesampaian untuk bertegur sapa. Lagi pun segan jugak nak tegur, takut silap orang. Almaklumlah badanya dah naik dengan sihat.

Aku ingatkan orang CINA yang beli rumah contoh tu. Biasalah jarang orang Melayu nak beli rumah sampai 5ooK kat kawasan perumah macam ni. Kalau ada pun mereka beli di kawasan yang exlusive sikit, ada standard. So dia masuk rumah tu hanya bawa kaki, semua dah lengkap dari atas sampai bawah, 100% di beli dengan perabot2 sekali.

Baru je berkenal2an kembali, tak sampai 1 jam dia dah ziarah aku kat rumah. Memang ada ciri2 jiran bestari. Rumah aku pun tak siap lagi, so tak ada apa nak dihidangkan. Macam biasa, dia ronda2 tengok rumah, rumah aku biasa je.

Apa pun aku gembira bertambahnya jiran aku yang dahulunya dia adalah junior dari KCP. Semoga semangat ke jiranan akan terus subur dengan nilai2 kemuliaan ISLAM.


Berjalan dan terus berjalan.

Hari ni dah masuk hari ke-2 Afiqah dah pandai berjalan. Terlampau asyik test power sampai tak tidur. Ke hulu, ke hilir, berjalan dan terus berjalan.

Begitulah kehidupan manusia akan terus belajar dan berubah dari hari ke sehari.

Friday, April 10, 2009

KEMBALI MENULIS

Sekian lama tak update blog disebabkan masalah teknikal. Macam2 hal TMNET ni, rupa2nya ada syarat2 tersembunyi yang tak diketahui semasa ambil package streamyx RM77 pada tahun lepas. Syarat yang tersembunyi dan tak sedap di dengar tu adalah kena habiskan "tempoh hayat " sesuatu package sebelum boleh buat upgrading ke package lain. Dan bila nak upgrade, kena pulak register semula termasuklah attached photocopy IC.

Pelik jugak kenapa pihak TMNET perlu photocopy IC walhal saya adalah pengguna yang sama yang nak buat upgrading sahaja, bukan tukar alamat atau tukar kerakyatan. Sebab photocopy IC nilah salah seorang pelanggan mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan karenah procedure TMNET yang dilihat menyusahkan dan tidak mesra pelanggan.

Kesian pekerja TMNET tu, kena maki hamun depan public, walhal bukan mereka yang buat procedure semua tu. Mungkin pelanggan tersebut perlu maki hamun pihak atasan TMNET, baru kena...