Dulu memang ada nampak kelibatnya sekali sekala semasa shopping. Tapi tak kesampaian untuk bertegur sapa. Lagi pun segan jugak nak tegur, takut silap orang. Almaklumlah badanya dah naik dengan sihat.
Aku ingatkan orang CINA yang beli rumah contoh tu. Biasalah jarang orang Melayu nak beli rumah sampai 5ooK kat kawasan perumah macam ni. Kalau ada pun mereka beli di kawasan yang exlusive sikit, ada standard. So dia masuk rumah tu hanya bawa kaki, semua dah lengkap dari atas sampai bawah, 100% di beli dengan perabot2 sekali.
Baru je berkenal2an kembali, tak sampai 1 jam dia dah ziarah aku kat rumah. Memang ada ciri2 jiran bestari. Rumah aku pun tak siap lagi, so tak ada apa nak dihidangkan. Macam biasa, dia ronda2 tengok rumah, rumah aku biasa je.
Apa pun aku gembira bertambahnya jiran aku yang dahulunya dia adalah junior dari KCP. Semoga semangat ke jiranan akan terus subur dengan nilai2 kemuliaan ISLAM.