Wednesday, September 3, 2008

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
PENGARAH KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu Epid ke 34/2008 (17 hingga 23 Ogos 2008)

Sejumlah 1,003 kes demam denggi telah dilaporkan bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos 2008, menurun sebanyak 36 kes (-3.5%) berbanding minggu sebelumnya (1,039 kes).

Terdapat 4 kematian telah dilaporkan bagi tempoh yang sama iaitu masing-masing satu kes dari negeri Selangor, WPKL, Melaka dan Johor. Walaupun berlaku penurunan kes berbanding minggu sebelumnya, ia adalah 10% lebih tinggi berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (910 kes) dan 31% lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 765 kes.

Sembilan (9) buah negeri telah mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, WP Labuan dan WP Putrajaya. Negeri-negeri ini menyumbang kepada 74% (743 kes) daripada keseluruhan kes yang dilaporkan (Lampiran A).

Sehingga kini sejumlah 29,942 kes demam denggi dengan 71 kematian telah dilaporkan. Di antara penyebab utama penularan denggi adalah kerana masih terdapatnya tempat pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di kawasan yang melaporkan kes denggi.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh KKM & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan rumah kediaman dan kedai masih merupakan premis utama yang positif pembiakan Aedes. Sikap penduduk yang kurang menjaga kebersihan menjadi faktor utama terdapatnya pembiakan nyamuk.

Pemeriksaan juga menunjukkan indeks pembiakan aedes (Aedes Index) yang tinggi di kawasan Tapak Pembinaan, Kilang, Tempat Pembuangan Sampah.....

visit : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/story_docs/alerts/Press_Release_Mg_34.pdf

No comments: