Friday, April 10, 2009

KEMBALI MENULIS

Sekian lama tak update blog disebabkan masalah teknikal. Macam2 hal TMNET ni, rupa2nya ada syarat2 tersembunyi yang tak diketahui semasa ambil package streamyx RM77 pada tahun lepas. Syarat yang tersembunyi dan tak sedap di dengar tu adalah kena habiskan "tempoh hayat " sesuatu package sebelum boleh buat upgrading ke package lain. Dan bila nak upgrade, kena pulak register semula termasuklah attached photocopy IC.

Pelik jugak kenapa pihak TMNET perlu photocopy IC walhal saya adalah pengguna yang sama yang nak buat upgrading sahaja, bukan tukar alamat atau tukar kerakyatan. Sebab photocopy IC nilah salah seorang pelanggan mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan karenah procedure TMNET yang dilihat menyusahkan dan tidak mesra pelanggan.

Kesian pekerja TMNET tu, kena maki hamun depan public, walhal bukan mereka yang buat procedure semua tu. Mungkin pelanggan tersebut perlu maki hamun pihak atasan TMNET, baru kena...


No comments: