Friday, January 2, 2009

Cuti Shutdown, nak abih dah

Tinggal beberapa hari lagi akan bermulalah time aku bekerja macam biasa. Shutdown yang bermula dari 25th Dec 08 lalu telah memberi ruang dan peluang untuk aku bersama keluarga dan menguruskan rumah baru. Almaklumlah syarikat semiconductor, kena juga tempias kejatuhan ekonomi US... tak boleh lari punya...lainlah kalau kedai makan, masih ada demand selagi ada manusia hidup yang boleh makan.

Banyak yang tak dapat dilaksanakan untuk rumah baru bila time kerja. banyak yang tertunda dari yang terlaksana. Rumput yang dulu dah dicangkul clear dah pun tumbuh semula, menjalar liar di laman rumah baru. Apa nak buat? Malas pulak nak cangkul mengcangkul sekali lagi, bukan ada masa. Upah pada orang je lah...tapi bila?

Petang semalam pun Iwan dah tolong kumpulkan batu2 yang menjadi penunggu dilaman. Nanti minta tolong Pakcik Din buangkanlah dan minta dia clearkan laman dan finally tanam rumput lah. Niat nak tanam rumput sdn bhd, tapi masa tak mengizinkan kerana dulu sorang anak je, tapi la ni dah 2. Sibuk jaga anak...bibik ganti pun belum ada lagi untuk bantu mak mertua.

Apa pun masih ada kerja2 lain yang perlu dibuat seperti beli langsir, buat kabinet dapur, tempah walldrop, buat rak store. Semua tu nak pakai duit, so kena plan betul2 supaya tak over budget pulak... Bukan mudah nak mengisi perut rumah, perlu planning dan budget yang sistematik.



No comments: