Friday, January 23, 2009

Mastura resigned

Sorang lagi MS berhenti...

Semakin kecil headcount shift aku, dari 23 orang time dulu2 dan kini dah tinggal 12 orang. Lepas ni pulak ada lagi yang nak berhenti kerja, almaklumlah lepas kawin nak ikut suami. Bagus2 jadi isteri yang taat.

Maka akan tinggallah yang seadanya, lagipun sekarang ni ekonomi dunia tak bagus, selalu terumbang ambing dan selalu jugak nazak. Material/demand pun dah kurang, maka selarilah dengan overtime yang dah takde. Kosonglah poket aku.

Yang kena buang kerja pun dah berlambak, dah jadi global, namun alhamdulillah sehingga ke hari ni ia masih tak berlaku di kilang aku ni... harap2 tak berlakulah, mana den nak carik duit? Lainlah kalau anak tauke balak atau lombong emas.

Mastura berhenti pun bukan kena buang atau bukan ikut suami. Tapi kata rakan2nya dia nak bantu keluarga, jaga pusat penjagaan kanak2. Ni boleh hantar Anwar pi sana ni. Mesti dapat diskaun punye.

Dalam gawat2 ni juga ramai yang risau adakah syarikat akan terus bertahan atau lingkup dan terus tutup. Sebab itulah pihak atasan mula melaksanakan operasi cut-cost dan bermula dari 24hb Jan sampai 1 Feb 09, kilang akan ditutup @ shutdown. Masih tak pasti samada lepas tu ada shutdown lagi atau tidak, semuanya bergantung kepada keadaan ekonomi global.

Namun harus di ingat bahawasanya yang memberi rezeki tu bukan manusia, bukan USA atau EU, tetapi Allah s.w.t. So sama2lah kita bermohonlah kepada yang Esa akan limpahan rezeki dan bebas dari bebanan hutang, dan bukan bermohon kepada sesama manusia..

No comments: