Saturday, January 24, 2009

Izwan Balik Bercuti

23hb Jan. - Iwan balik bercuti sempena Tahun Baru Cina. Banyak juga barang2 dia bawa balik, sampai selipar dan botol kosong pun dia bawak balik. Tak mengapalah, baru belajar hidup dalam suasan asrama. Bagus tinggal diasrama, boleh belajar berdikari dan masa lebih terurus.

Yang menarik adalah cerita2nya ketika belajar disana, antaranya bangun pagi jam 5am. Kalau kat rumah jangan haraplah nak bangun awal. Kemudian pergi solat berjamaah, dan boleh dikatakan setiap waktu solat berjamaahlah. Hebat, hebat!

Makan minum katanya semua ok, masih berselera. Cuma Iwan rasa tak cukup masa tidur kerana waktu tidur jam 12tgh mlm dan kemudian bangun jam 5am. Emmm, camno tu?

Waktu petang Iwan tak lupa nak beriadah, mainlah bola sepak dengan rakan2. Aku ingatkan Iwan supaya
bawakan raket badminton bila nak balik ke sekolah. Kalau semua main bola, maka penuhlah padang.

Sepeti biasa cerita hantu tetap ada. Takuttttt... Kata Iwan, bila dah ada yang meracau, maka mereka diajar untuk sama2 baca Yassin dan abang senior pulak tolong laungkan azan. Hari tu pun KakNgah ada bagi tau yang kat sekolah sana tu ada "benda keras" sikit, yelah berdasarkan cerita2 dulu kala. So dia minta aku ingatkan Iwan bawa teman bila pergi ke tandas terutama pada waktu malam.

Yang menarik sekali Iwan dah boleh berkomunikasi dengan bahasa Arab. Sayang pun ada test dia (bahasa Arab), che wah, Iwan boleh jawab. Hebat, hebat... Tapi test yang senang2 jelah, lagi pun Iwan baru je masuk kelas, baru belajar sikit je. Masa sekolah rendah dulu ada juga Iwan belajar bahasa Arab di SAR. Tapi dia main tak endah sahaja, semua dah lupa. So kini kenalah belajar lagi.




No comments: